Wednesday, 27 February 2013

I lOvE bAngsAkU





Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit,Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.












PENEMPATAN



Penempatan orang Iban lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, danSungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan tinggal dalam rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil ‘Tuai Rumah’. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar di sekitar Negeri Sarawak seperti Miri dan Kuching.



Rumah Panjang Orang Iban


Rumah Panjang Orang Iban


KEGIATAN EKONOMI



Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba)atau(berumpang kampong)bagi tujuan penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi ,pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit(Sultive,1978:3). Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Pada hari ini sebahagian orang iban mula menetap di bandar- bandar besar di Sarawak, kebanyakan generasi baru Iban mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta. Selain daripada menanam padi, ada juga yang menceburi bidang perladangan seperti ladang kelapa sawit, ladang getah dan ladang lada hitam.



Kebun Lada Hitam



Padi



Ladang Kelapa Sawit


TRADISI



Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.



Tajau


Bebendai dan Tawak



Tawak



PERAYAAN



Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah sepertiGawai Dayak,Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Panggul,Gawai Kelingkang,Gawai Tuah,Gawai Lelabi dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.



Hari Gawai


Hari Gawai


NGAJAT


Tarian ngajat adalah identiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan Sarawak. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat menjadikan suku kaum Iban terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ia merupakan identiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban.
tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian antaranya Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk (perempuan), Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Tradisional.Setiap jenis ngajat ini mempunyai maksud dan keunikan tersendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.Tarian ngajat diiringi muzik yang dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sape, iaitu alat bertali seperti gitar.Penari turut memakai pakaian tradisi seperti ‘sirat’, ‘gagung’ atau baju burung.
Pada masa sama, penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung.
Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.Satu jenis tarian lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.



Ngajat Bunuh

Ngajat Bunuh, ia dipersembahkan oleh golongan lelaki dari masyarakat Iban dengan meniru atau mengulang semula adegan yang dilakukan semasa pergi berperang dan melawan musuh.



Ngajat Induk

Ngajat Induk pula adalah persembahan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri.



Ngajat Lesong

Ngajat Lesong merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.Persembahan ngajat jenis ini hanya dibenarkan untuk kaum lelaki kerana ia memerlukan penarinya yang menari sambil mengangkat lesong menggunakan gigi.



Ngajat Ngalu Temuai

Ngajat Ngalu Temuai pula dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang.Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.




Ngajat Pua Kumbu

Ngajat Pua Kumbu yang lazimnya dipersembahkan oleh golongan wanita dan sesuai dengan namanya, penari akan menari sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.

Kini persembahan tarian bukan hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai namun sudah diperkembangkan dan dikomersialkan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan budaya di Sarawak.



MAKANAN TRADISIONAL IBAN





1. MANOK PANSUH
salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari Gawai. Ayam di masak dalam buluh. Sedap wo!




2. PENGANAN
Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali perayaan Gawai .




3. MIDIN BELACAN
Midin belacan makanan tradisional orang iban .




4. LINUT
Linut - slluurpppp..daripada tepung Pohon Sago banyak terdapat di Mukah serta Dalat - Makanan Tradisional Orang Iban.




5. ULAT SAGU
Dimasak atau dipangang



KUIH TRADITIONAL ORANG IBAN




1. KUIH PENGANAN SEMUT (KUIH SARANG)
Dihidang untuk tetamu pada musim perayaan terutamanya GAWAI.




2. KUIH CELOROT




3. KUIH SEPIT






HASIL TANGAN ORANG IBAN
PUA KUMBU





PAKAIAN TRADISIONAL ORANG IBAN
Lelaki dan perempuan








ALAT MUZIK ORANG IBAN


Bebendai dan Tawak


Bebendai


Gendang


BAHASA IBAN
Kaum Iban dikenali dengan " Master of Language " oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang dikalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat sereta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam poems dan prose dalam Bahasa Inggeris. Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban berbeza di setiap tempat bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah dan Semenanjung. Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan penjajah dengan serangan [Ngayau]dan membawa pulang kepala musuh yang dipenggal.






1 comment:

  1. waa..best eh.. makanan kat atas ya macam sedap jak.. lak spondsor kmk k vic ;)

    ReplyDelete